Friday, 30 August 2013

live alive..

Assalamualaikum..
         Dear blog, wahai pendengar coretan hatiku, ingin aku mengatakan betapa aku merindui seseorang yang pernah hilang dalam hidup aku.. Aku selalu mengharapkan sesuatu yang mustahil. susah sebenarnya nak menghilangkan atau membuang sesuatu yang pernah hadir dalam hidup kita.. terutamanya sesuatu yang sangat bermakna..
Aku masih lagi seperti aku yang dulu,walaupun masa berjalan jauh kehadapan,tapi aku tetap jiwa yang sama,dan ia masih lagi berbekas. Ingatlah wahai sahabat,hidup kita bagaikan roda. kita takkan selalu berada di atas,kadang2 putaran masa merubah segala-galanya. sesuatu perubahan yang bukan atas kehendak kita pasti akan terjadi jika kita lalai dan alpa dengan apa yang kita ada. kita akan merasa kehilangan,kerisauan,kesengsaraan dan pengharapan yang ada hanyalah sesuatu bayangan masa lalu. bukan pada masa yang akan datang..
          Sejujurnya,aku tak mampu jadi yang terbaik buat orang lain jika aku tidak mampu jadi yang terbaik buat diri aku.. aku hanyalah manusia biasa,tak mampu nak melawan takdir, apatah lagi soal jodoh.. segala yang berlaku telah berlaku.. aku tidak cukup kuat untuk melawan hati dan perasaan yang ada. mungkin ada hikmah di atas segala yang terjadi. kita tak mampu pertahankan jika kita pernah memutuskan harapan orang lain..
               Ingin sekali aku tekankan kat sini,khususnya kepada orang yang tidak mampu tetapkan hati untuk seorang gadis/jejaka.. ingatlah,hati kita sehalus kapas,jika kita kecewakan hati orang lain ibarat kita menghiris hati mereka tanpa belas kasihan. Jika hati nurani yang masih utuh,pasti tak sanggup tengok orang yang pernah kita kasihi,sayangi di masa lalu kita hidup dengan linangan air mata. ingatlah sayang2 sekalian,kita masih ada peluang untuk membetulkan segala kesilapan yg telah kita lakukan jika hati kita tetap. jangan la kita kesalkan apa yg telah berlaku kerana kekesalan tu satu KEHILANGAN terbesar yang kita hadapi dalam hidup kita sepanjang kita bernafas..
                kita masih akan ada generasi akan datang yang dihasilkan based on corak kita iaitu seorang 'parents'. Jadilah seseorang yang melindungi dari yg mengkhianati.. kita akan  merasa kebahagiaan yang hakiki dalam hidup berkeluarga.. Once it happened,it remains.. Once it falls,its depends.. We make it,we know what we should do or not.. Don't be too cruel to ourself and others. we still have a lovely soften heart deeply inside.. Think wiser and be the best partner in ones live..